Sub Menu1 Sub Menu2 Sub Menu3
Utusan Malaysia Berita Harian Metro Kosmo Sinar

4 April 2012

Sejarah Sekolah

Dahulu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Terachi. Sekolah ini mula-mula didirikan pada tahun 1907. Mengandungi sebuah bangunan sekolah, sebuah rumah guru besar dan sebuah rumah berkembar A dan B untuk guru penolong. Model sekolah dan rumah guru ini sekerat tiang batu,dinding dan lantainya papan serta bercat kapur putih beratapkan atap rumbia.
       Dalam tahun 1951, sebuah bangunan tambahan dan bilik darjah telah didirikan secara gotong royong oleh ibu bapa dan penduduk tempatan. Bilangan murid bertambah ramai, akhirnya
dalam tahun itu juga rumah penolong diubah suai dan dijadikan dua buah bilik darjah. Bilangan murid dalam tahun itu adalah seramai 412 org.
       Oleh kerana bilangan murid bertambah ramai dalam tahun 1961, semua bangunan sekolah dan rumah guru penolong telah dirobohkan. Bangunan baru telah dibina dengan 11 bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah kantin. Akhirnya bangunan ini telah siap dibina pada tahun 1962. Ketua Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu Encik Aminuddin bin Baki telah merasmikan pembukaannya pada 2 Jun 1962.
       Dalam tahun 1970, didirikan lagi sebuah bangunan baru yang mengandungi 4 buah bilik darjah, bilik guru dan pejabat serta sebuah bangunan kantin. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Muhamad bin Yaacob, Menteri Pelajaran Malaysia pada 21 Julai 1974.
       Pada masa ini, semua bangunan sekolah dan kantin telah dibekalkan elektrik dan air untuk kemudahan asas kepada murid-murid dan guru serta kakitangan sekolah. Keluasan kawasan sekolah ini 4E 1R 08.6p .
Pada tahun 2002, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Yam Tuan Hitam. Nama ini diambil sempena nama Yam Tuan Besar yang kedua. Sekolah ini juga telah dinaikkan taraf daripada gred B kepada gred A.

No comments:

Post a Comment